Mediaklik
Kategori Penerima Bantuan Tunai RM300 - Bayaran Pada 10 Ogos

Kategori Penerima Bantuan Tunai RM300 – Bayaran Pada 10 Ogos

Kategori penerima bantuan tunai RM300 dan RM200 akan dibayar pada 10 Ogos 2023 adalah terdiri daripada penjawat awam dan pesara kerajaan. Bagi makluman, inisiatif bantuan khas penghargaan ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

BANTUAN KHAS PENGHARGAAN 2023

Semasa Majlis Pelucuran Ekonomi Madani, Menteri kewangan telah mengumumkan beberapa insentif bantuan kewangan akan diberikan kepada rakyat pada bulan ini. Antaranya adalah bantuan khas penghargaan dimana bantuan kewangan ini akan dikreditkan kepada dalam akaun bank masing-masing.

Pemberian bantuan khas ini akan melibatkan seluruh kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan mengikut jumlah bayaran yang telah ditentukan. Di bawah telah disediakan siapa yang layak menerima insentif istimewa ini pada minggu ini.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI RM300

Untuk makluman, kategori penerima bantuan tunai RM300 & RM200 yang akan dikreditkan dalam minggu ini adalah seperti di bawah :

  • Penjawat awam (Gred 56 ke bawah) : RM300
  • Pesara kerajaan : RM200

Pemberian bantuan khas penghargaan ini akan melibatkan sekitar 1.3 juta penerima dari penjawat awam dan sejuta lebih pesara keraajan. Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang BELANJAWAN 2023

TARIKH BAYARAN

Bantuan khas ini akan mula diberikan pada tarikh 10 Ogos 2023 bersamaan hari khamis. Pembayaran diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.

INFORMASI LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan bagi membantu mereka yang terjejas dan memerlukan pada tahun ini. Sila cek senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment