Mediaklik
Bantuan Warga Emas 2024 : Berjumlah RM500 Sebulan

Bantuan Warga Emas 2024 : Berjumlah RM500 Sebulan

Bantuan Warga Emas 2024 berjumlah RM500 sebulan ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Inisiatif istimewa ini adalah sebagai penghargaan dan menghargai setiap rakyat yang kurang berkemampuan.

BANTUAN WARGA EMAS 2024

Program bantuan warga emas ini disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun ini yang merupakan agensi dibawah Kerajaan persekutuan. Kadar bayaran dikreditkan setiap bulan berjumlah RM500 kepada pemohon yang layak menerima.

Perlaksanaan program BWE ini adalah bagi menangani masalah kemiskinan dan dengan adanya insentif ini dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat. Permohonan boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia yang menepati kriteria yang telah ditetapkan.

SYARAT LAYAK BANTUAN WARGA EMAS 2024

JKM telah tetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi permohan BWE 2024 seperti ;

  1. Warganegara dan penduduk negara Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas;
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata garis kemiskinan isi rumah semasa atau purata PGK Kemiskinan semasa per kapita; dan
  4. Warga emas yang tidak tinggal di tempat-tempat seperti Institusi yang dikendalikan oleh JKM atau Pusat jagaan/penginapan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma.

LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS 2024

Untuk panduan lengkap sila ke pautan rasmi bantuan BWE – https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bwe

Langkah-langkah adalah seperti di bawah ;

  1. Permohonan bantuan kewangan diproses oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
  2. Setiap permohonan akan dinilai kelayakan untuk mengesahkan bantuan kepada pemohon.
  3. Bantuan diberikan atas dasar prinsip kelayakan dan bukan hak.
  4. Sila bawa dokumen sokongan terkini ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Kolonial/Daerah:
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan slip gaji (jika ada).
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bantuan warga emas, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), nombor talian khas di +603-8000-8000. Borang boleh dimuat turun di laman rasmi disediakan diatas.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024

Baca lebih lanjut – Skim Bantuan Beli Motor (TEKUN)

Baca lebih lanjut – Bantuan Tunai STR 2024

 

Add comment