Mediaklik
Panduan Claim Kredit Shopee RM400 : Untuk Rakyat Malaysia

Panduan Claim Kredit Shopee RM400 : Untuk Rakyat Malaysia

Panduan claim kredit Shopee bernilai RM400 telah disediakan dan terbuka untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Inisiatif khas ini adalah bertujuan bagi menggalakan rakyat untuk menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran seperti tawaran hebat.

KEMPEN JIMAT AIR

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama pihak Shopee kini melancarkan sebuah program dikenali kempen jimat Air 4.0. Dalam inisiatif khas ini, panduan claim kredit shopee sehingga RM400 telah disediakan kepada yang layak.

Program ini adalah kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0 hingga 3.0 yang dilaksanakan sebelum ini. Anda boleh menyertai kempen jimat air ini dengan hanya mengesahkan akaun Shopeepay.

JENIS BAUCAR YANG DITAWARKAN

Berikut adalah 3 jenis baucar kredit yang boleh didapatkan dalam program kempen jimat air 4.0 tahun ini ”

  • Baucar kredit RM200 untuk pembelian mesin basuh
  • Baucar kredit RM150 untuk mendapatkan kelengkapan mandi dan tandas
  • Baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk dapatkan kepala paip

Senarai perkakas yang terlibat dalam bantuan baucar kempen jimat air adalah seperti di bawah :

  • Mesin basuh cekap tenaga
  • Perkakas bilik air
  • Perkakas bilik mandi
  • Kedai terlibat

PANDUAN CLAIM KREDIT SHOPEE

Program kempen jimat air 4.0 ini boleh disertai oleh warganegara Malaysia. Cara untuk claim kredit Shopee RM400 telah disediakan, sila layari laman rasmi – KEMPEN JIMAT AIR

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen jimat air, anda boleh menghubungi talian khas SPAN di 03-8317 8333 atau emel ke wepls@span.gov.my.

INFORMASI LANJUT

Selain kempen ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang ditawarkan pada tahun ini kepada rakyat Malaysia. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk memohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment