Mediaklik
Bantuan Kredit E-Tunai RM200 One-Off : Boleh Dituntut Sekarang

Bantuan Kredit E-Tunai RM200 One-Off : Boleh Dituntut Sekarang

Bantuan kredit e-tunai RM200 one-off adalah merupakan inisiatif yang sedang dilaksanakan dan boleh dituntut oleh rakyat sehingga bulan Ogos 2023. Pemberian kredit ebelia rahmah ini mula dilancarkan pada penghujung bulan Jun dan akan luput pada penghujung bulan Ogos ini.

PROGRAM BANTUAN KREDIT E-TUNAI

Pihak kerajaan telah memperuntukan sekitar 400 juta bagi perlaksanaan program bantuan kredit e-tunai yang dikenali sebagai eBelia Rahmah 2023. Dengan adanya insentif khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta rakyat yang terdiri daripada golongan belia dan mahasiswa.

Tujuan utama perlaksanaan program ebelia rahmah ini adalah bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (Cassless) serta membantu meringankan beban kewangan. Apa yang menarik adalah bantuan ini telah dinaikan sebanyak RM200 berbanding bantuan edompet tahun lalu RM150.

KADAR BANTUAN KREDIT

Kepada mereka yang berkelayakan, tuntutan bantuan kredit e-tunai ini boleh dilakukan secara sekali sahaja. Kadar yang diberikan adalah berjumlah RM200 seorang.

APLIKASI TERLIBAT

Kepada mereka yang ingin tebus bantuan ebelia rahmah, terdapat 3 pilihan aplikasi edompet yang disediakan. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk menebus sekali sahaja mengikut aplikasi pilihan seperti berikut :

KRITERIA KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi program bantuan ebelia rahmah RM200 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan belia
  • Berumur 18- 20 tahun
  • Diperluaskan untuk mahasiswa sepenuh masa tanpa mengira had kelayakan umur

Info : Kredit etunai ini masih boleh ditebus sebelum tarikh tutup pada 22 Ogos 2023 oleh golongan belia yang berkelayakan.

TARIKH TUNTUTAN 

Untuk makluman, tempoh pendaftaran dan tuntutan adalah bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Setiap pemohon yang layak perlu belanjakan amaun tersebut sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

INFORMASI LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment