E-Dompet adalah merupakan kredit RM200 percuma untuk belia B40 & M40 telah disediakan oleh kerajaan dan tuntutan boleh dibuat dan digunakan kredit tersebut sebelum 31 Ogos 2023. Kerajaan perpaduan telah melancarkan bantuan kredit etunai Belia Rahmah pada 26 Jun lalu dan masih boleh dituntut oleh rakyat.
E-DOMPET RM200
Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri dan selaku Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan e-dompet ebelia rahmah.
Program ini sedang dilaksanakan, bantuan yang ditawarkan adalah dalam bentuk kredit etunai RM200 seorang.
Perlaksanaan inisiatif khas kredit edompet ini adalah bagi meringankan beban kewangan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai pada tahun ini. Golongan para belia dan mahasiswa sepenuh masa boleh tebus bantuan khas ini secara percuma pada masa yang telah ditetapkan.
Apa yang menarik adalah bantuan khas ini pada tahun lalu diberikan pada kadar RM150 seorang. Atas dasar keprihatinan kerajaan telah menaikkan kadar berjumlah RM200 seorang pada tahun ini.
TARIKH BANTUAN
Bantuan kredit ebelia rahmah ini boleh daftar dan tuntut bermula pada tarikh :
- 22 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023
Kepada penerima yang layak tebus, bantuan ini perlu digunakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.
CARA CLAIM KREDIT E-DOMPET RM200
Kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari golongan belia berumur 18- 21 tahun dan mahasiswa sepenuh masa, tuntutan bantuan kredit ebelia Rahmah RM200 boleh dilakukan secara online. Cara claim telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBeliaRahmah
Untuk makluman, bantuan kredit percuma e-dompet ini RM200 boleh ditebus melalui aplikasi pilihan iaitu Touch N Go ewallet, Setel atau Boost. Setiap pemohon boleh memilih satu sahaja dari aplikasi edompet yang terlibat.
INFORMASI LANJUT
Selain bantuan ebelia rahmah, terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Kepada mereka yang tidak tahu atau terlepas pandang, sila semak senarai bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.
Add comment