Program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyokong keluarga dengan anak yang memerlukan bantuan kewangan. Pada bulan ini, berita baik telah diumumkan bahawa insentif sehingga RM1000 akan dikreditkan kepada penerima yang layak.
Program Bantuan Kanak-kanak
Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan kewangan dibawah Bajet Belanjawan 2024. Bantuan ini ditawarkan khusus kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun ini.
Pihak JKM mengendalikan pelbagai jenis skim dan antaranya ialah program bkk ini dibawah skim bantuan kebajikan. Untuk layak menerima insentif ini, mereka yang memohon perlu memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. Keluarga dengan pendapatan yang rendah dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun berpeluang untuk mendaftar.
Kadar bayaran bantuan bulanan BKK ini dikreditkan berdasarkan kategori kelayakan seperti dibawah :
- RM150 sebulan minimum bagi seorang kanak-kanak
- RM1,000 sebulan maksimum bagi satu keluarga.
Manakala bagi syarat kriteria kelayakan pula adalah seperti :
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di negara ini
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Penjaga kepada kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun.
Bagaimana Cara Memohon?
Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web eBANTUAN JKM atau secara fizikal di pejabat JKM terdekat. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan untuk memastikan kelayakan insentif dapat diproses dengan lancar.
Pengesahan maklumat akan dilakukan sebelum bantuan RM1000 ini dikreditkan ke dalam akaun penerima. Dengan adanya inisiatif ini, diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga serta memberikan sokongan yang diperlukan dalam membesarkan anak-anak di dalam persekitaran yang kondusif.
Add comment