Mediaklik
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023 : Dikreditkan Setiap Bulan RM300

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023 : Dikreditkan Setiap Bulan RM300

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, pelbagai insentif yang disediakan pada tahun ini di bawah kendalian kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2023

Pada tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) menyediakan sebuah program dikenali sebagai bantuan sara hidup (BSH). Bantuan kewangan sebanyak RM300 ini dibayar setiap bulan kepada pemohon yang layak.

Perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi tujuan membantu meringankan beban sara hidup harian para veteran yang berkelayakan memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BSH

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas RM300 ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Had umur yang dipertimbangkan (60 tahun ke atas)
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Anak yatim piatu wajib berumur kurang dari 18 tahun atau 21 tahun kebawah jika masih belajar
  • Tiada syarat umur bagi kategori cacat kekal
  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang berkhidmat sepenuh masa
  • Bekas tentera british yang berkhidmat di Malaysia /Malaya atau Singapura di Sarawak
  • Tidak diberhentikan semasa berkhidmat dibawah kes tarta tertib
  • Balu yang telah berkahwin semula tidak layak mohon
  • Faktor kesihatan atau menghidap penyakit yang menghalang melakukan pekerjaan (Perlu pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
  • Kes berkelayakan berkeperluan layak dipertimbangkan

CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP

Untuk makluman, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa tahun 2023 kepada mereka yang berkelayakan. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – BSH JHEV

Kepada mereka yang berkelayakan terdiri daripada golongan veteran yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Mereka disarankan untuk memohon bantuan ini agar dapat menerima manfaat yang telah ditawarkan.

INFORMASI LANJUT

Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan yang disediakan oleh pelbagai agensi dibawah kerajaan pada tahun ini untuk meringankan beban golongan B40 dan miskin. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment