Mediaklik
Bantuan BMT RM800 :Dibayar Secara Berperingkat Melalui 4 Fasa

Bantuan BMT RM800 :Dibayar Secara Berperingkat Melalui 4 Fasa

Bantuan BMT berjumlah RM800 akan dibayar pada suku keempat tahun ini melalui 4 fasa pembayaran secara berperingkat setiap bulan sehingga selesai. Untuk makluman, Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan salah satu inisiatif yang diberikan pada tahun 2023 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

BANTUAN BMT 2023

Program bantuan musim tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT telah diperkenalkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2023. Bantuan ini akan salurkan kepada mereka yang layak dengan jumlah keseluruhan RM800.

Apa yang menarik adalah kdar telah dinaikkan berbanding RM600 tahun lalu kepada RM800 tahun ini. Tujuan utama perlaksanaan insentif khas ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terdiri daripada pekebun kecil dan penoreh getah semasa menghadapi musim tengkujuh.

Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini akan dibayar secara berperingkat selama 4 bulan kepada pemohon yang layak dengan kadar RM200 sebulan. Di bawah dikongsikan jadual pembayaran bantuan musim tengkujuh 2023.

JADUAL BAYARAN BMT

Berikut adalah jadual pembayaran bantuan musim tengkujuh tahun ini seperti di bawah :

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Bantuan BMT akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima sehingga Feberuari 2024 dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM800.

TARIKH PERMOHONAN BMT

Untuk sedia maklum, tarikh permohonan kini telah dibuka bermula 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh luput yang telah ditetapkan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BMT

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup. Panduan permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi –BMT RISDA

Untuk makluman, permohonan ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja yang terdiri daripada golongan penoreh getah dan pekebun kecil. Pihak RISDA adalah pengendali sepenuhnya bagi bantuan khas BMT ini, kepada yang berkelayakan disarankan memohon agar dapat menggunakan manfaat yang ditawarkan.

INFORMASI LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan persekutuan khususnya bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat memerlukan. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment