Mediaklik
Sumbangan Tunai Rahmah 2024 - Jadual Bayaran Bantuan

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Jadual Bayaran Bantuan

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Jadual bayaran bantuan tunai bagi sesi tahun ini telahpun diwarwarkan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai rujukan umum. Perlaksanaan pemberian bantuan tunai STR tahun ini adalah sebahagian insentif dibawah peruntukan Belanjawan 2024.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SESI 2024

Kerajaan perpaduan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program bayaran tunai STR bagi tahun kedua (2024) bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia terutama golongan sasar. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat melalui empat fasa pembayaran.

Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah keseluruhan inisiatif telah ditingkatkan kepada RM3,700 (termasuk tambahan SARA) berbanding tahun lalu berjumlah RM3,100. Kadar yang akan diterima setiap orang adalah berbeza mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

JADUAL RASMI BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Kepada mereka yang terlepas pandang, berikut disediakan jadual tarikh bayaran bantuan tunai STR sesi 2024 seperti berikut :

  • Fasa pertama : Februari 2024 (Diawalkan pada 29 Januari 2024) selesai
  • Fasa kedua : April 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • Fasa ketiga : Ogos 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • Fasa keempat : November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)

Setiap fasa kadar yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan telah menetapkan kadar jumlah keseluruhan bayaran STR mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI (ISI RUMAH) PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

KATEGORI (ISI RUMAH) PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

WARGA EMAS & BELIA BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan : RM600
  • Belia bujang : RM350.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Sepanjang tahun ini, seluruh rakyat Malaysia dibenarkan lakukan semakan status STR, kepada penerima boleh membuat semakan pengemaskinian maklumat. Manakala bukan penerima pula boleh kemukakan permohonan baharu, untuk panduan sila layari laman rasmi STR 2024 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

BUTIRAN LANJUT

Pihak kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bantuan serta kemudahan untuk memastikan golongan sasar tidak tercicir dan meringankan beban kos sara hidup tahun ini. Kepada yang terlepas pandang boleh cek list bantuan yang ada dan boleh dimohon pada tahun ini – SENARAI BANTUAN untuk informasi lengkap.

Add comment