Mediaklik
JKM : Bantuan Am RM350 Sebulan Dikreditkan Pada Yang Layak

JKM : Bantuan Am RM350 Sebulan Dikreditkan Pada Yang Layak

JKM : Bantuan Am RM350 dikreditkan setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan sepanjang tahun ini melalui skim bantuan kebajikan.

Kerajaan menerusi pelbagai agensi telah menyediakan inisiatif sumbangan atau berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup setiap penduduk Malaysia yang kurang berkemampuan.

BANTUAN AM RM350 SEBULAN MELALUI JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat selaku pengendali yang memperkenalkan program Bantuan Am Persekutuan (BA) yang ditawarkan khusus kepada warga yang menepati kelayakan. Menerusi program bantuan ini, kadar bantuan diberikan secara bulanan pada jumlah minimum RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan.

Perlaksanaan bantuan khas ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban individu/ keluarga yang terjejas dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan hidup dalam komuniti.

SYARAT-SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN AM – JKM

Setiap pemohon perlu menepati syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan pihak JKM seperti berikut :

  • Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi – Pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Keluarga miskin dan golongan memerlukan yang tidak diliputi oleh mana-mana di bawah skim bantuan jKM yang lain.

Info + : Setiap negeri mempunyai bantuan am masing-masing yang melibatkan kadar bantuan dan syarat kelayakan yang berbeza.

CARA MEMOHON BANTUAN AM

Kepada mereka yang memerlukan, permohonan boleh dibuat sepanjang tahun ini bagi mendapatkan insentif yang disediakan secara percuma ini. Cara memohon bantuan telah disediakan di laman rasmi bantuan – Am Persekutuan (JKM)

Untuk mudahkan urusan pentadbiran JKM bagi proses semakan borang permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan dokumen berkaitan.

LEBIH INFO LANJUT

Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan dan bantuan-bantuan berbentuk kewangan untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sila cek senarai inisiatif yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian dapatkan – RUJUK DISINI untuk info lanjut.

Add comment