Mediaklik
Bantuan Kewangan RM2700 : Ditawarkan Kepada B40 Yang Berkelayakan

Bantuan Kewangan RM2700 : Ditawarkan Kepada B40 Yang Berkelayakan

Pada tahun ini pelbagai jenis insiatif telah ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan salah satunya adalah bantuan kewangan RM2700 untuk B40. Pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri menyediakan kemudahan dan bantuan yang boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN RM2700

Program bantuan kewangan RM2700 ini telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Inisiatif istimewa ini dikenali sebagai bantuan Geran Pelancaran dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM.

Tujuan utama perlaksanaan program geran pelancaran ini adalah bagi pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat dalam kemahiran dan berpontensi menjana pendapatan untuk keluarga.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Berberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM
  • Memperolehi pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan kepada pihak JKM. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBANTUAN JKM

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan khas ini ditawarkan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima sedia ada bantuan bulanan JKM. Sekiranya anda bukan penerima bantuan bulanan JKM, anda perlu memohon bantuan yang disediakan pihak JKM terlebih dahulu.

INFO LEBIH LANJUT

Jika kalian terlepas pandang, pihak kerajaan pusat dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif bagi meringankan beban kewangan golongan B40 dan miskin. Untuk semak senarai bantuan yang ada, sila ke laman utama –RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment