Mediaklik
STR Tambahan RM600 : Dikreditkan Bermula 7 Ogos 2023

STR Tambahan RM600 : Dikreditkan Bermula 7 Ogos 2023

STR Tambahan RM600 atau lebih dikenali sebagai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan mula dikreditkan pada 7 Ogos 2023 kepada penerima yang layak.

Bagi makluman, pemberian bantuan bakul dan baucar makanan asas ini diberikan secara 2 kategori mengikut kawasan yang terlibat.

STR TAMBAHAN RM600

Pihak kerajaan telah mengumumkan maklumat berkenaan STR tambahan RM600 ini akan diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah yang berstatus miskin. Inisiatif khas ini ditawarkan kepada golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pemberian bantuan khas ini akan dibayar secara 2 kaedah bergantung kawasan negeri penerima yang layak. Bagi negeri di semenanjung, pemberian dijalankan secara berperingkat bermula Julai sehingga Disember dengan kadar RM100 sebulan.

Manakala bagi kawasan negeri Sarawak, Sabah dan labuan akan menerima keseluruhan RM600 secara one-off bermula 7 Ogos 2023. Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun BSN penerima atau tebus tunai di kauter.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT FASA

Berikut adalah jumlah dan bayaran yang akan diterima mengikut fasa bagi negeri di semenanjung seperti di bawah :

  • Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 : RM100
  • Disember 2023 : RM100

Bagi penerima negeri Sabah, Sarawak dan labuan akan menerima pada 7 Ogos dengan jumlah keseluruhan RM600 secara sekali bayar.

SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima bantuan sumbangan asas rahmah (SARa) STR Tambahan RM600 :

  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK)
  • Golongan memerlukan berstatus Miskin Tegar

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini. Untuk semakan, sila layari laman rasmi –SARa MyKASIH

Jika maklumat anda dipaparkan bermakna anda layak menerima insentif khas ini bagi membeli barangan keperluan asas rumah.

INFO LEBIH LANJUT

Selain SARa, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ada pada tahun ini ditawarkan kepada golongan B40 dan miskin tegar. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk membuat permohonan – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment