Mediaklik
Digital ID Malaysia 2024 : Kelebihan & Manfaat Perlaksanaan

Digital ID Malaysia 2024 : Kelebihan & Manfaat Perlaksanaan

Digital ID Malaysia 2024 : Tahukah anda perlaksanaan program khas ini akan berkuatkuasa pada tahun hadapan yang memberikan pelbagai kelebihan dan manfaat. Sebagai warganegara Malaysia, anda perlu ketahui maklumat berkenaan program perlaksanaan Digital ID ini kerana ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

DIGITAL ID MALAYSIA (IDN)

Program Digital ID malaysia atau Identiti Digital Nasional (IDN) ini merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk kepada sumber kekal. Perlaksanaan Digital ID ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh (Digital).

Dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa serta memudahkan urusan. Pengenalan IDN ini tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melenkapinya. Ianya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

Perkara ini merupakan satu kaedah untuk pengesahan identiti seseorang di alam maya berasaskan pendekatan. “What Your Are”, What You Have” dan “What You Know” yang disokong oleh rangkakerja identiti digital” yang dipercayai.

MANFAAT & KELEBIHAN DIGITAL ID MALAYSIA

Antara manfaat dan kelebihan yang ada dalam sistem IDN ini adalah seperti berikut :

  • Pelaksanaan (IDN) ini membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.
  • Semakan dan pengesahan MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat
  • Urus niaga boleh dibuat secara selamat dengan akses saluran omni pada mana-mana peranti, bila-bila masa, di mana sahaja
  • Perkhidmatan digital mampu memudahkan proses perniagaan menggunakan penandatanganan digital.
  • Kerajaan juga akan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.
  • IDN akan memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
  • IDN juga dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman rakyat.

Info : Program istimewa ini akan mula dilancarkan bermula awal tahun 2024 secara berperingkat seluruh negara. Untuk rujukan lebih terperinci berkenaan IDN ini, sila layari pautan rasmi kerajaan – RUJUK DISINI

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan telah memperkenalkan bermacam jenis kemudahan dan bantuan-bantuan bagi membantu serta meringankan beban rakyat yang terkesan dengan ekonomi. Sila semak senarai insentif bantuan yang ada dan boleh anda mohon – KLIK DISINI untuk semakan informasi lebih lanjut.

Add comment