Mediaklik
Bantuan Pembiayaan Membeli Motorsikal Sehingga RM10,000

Bantuan Pembiayaan Membeli Motorsikal Sehingga RM10,000

Bantuan Pembiayaan Membeli Motorsikal pada kada RM1,000 sehingga RM10,000 kini ditawarkan melalui program skim Tekun Mobilepreneur 4.0 pada tahun ini. Inisiatif ini diperkenalkan adalah bagi membantu rakyat yang memerlukan untuk mendapatkan kenderaan jenis motorsikal.

BANTUAN PEMBIAYAAN MEMBELI MOTORSIKAL (4.0)

Tahukah anda, kini permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 telah dibuka. Ini merupakan inisiatif Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan utama. Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

PENGENALAN BANTUAN PEMBIAYAAN MEMBELI MOTORSIKAL

Program skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah merupakan kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini. Inisiatif ini khusus untuk mereka yang menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan sebagainya bagi tujuan seperti dibawah.

  1. Baik pulih motorsikal
  2. Pembelian motorsikal
  3. Modal pusingan

MANFAAT PEMBIAYAAN MOTORSIKAL (TEKUN MOBILEPRENEUR)

Berikut adalah perkara yang ada dalam porgram skim tekun mobilepreneur 4.0 :

  • Jumlah pembiayaan baik pulih motorsikal & modal pusingan : RM1,000 hingga RM5,000 sahaja
  • Jumlah pembiayaan beli motorsikal : RM1,000 sehingga RM10,000 sahaja
  • Tempoh bayaran baik : Sehingga 36 bulan (3 tahun)
  • Kadar keuntungan : 4% setahun
  • Simpanan : 5% daripada jumlah pembiayaan setiap tahun.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN BELI MOTORSIKAL

Antara beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 18 – 65 tahun
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Jangan lepaskan peluang, jika berkelayakan, anda boleh kemukakan permohonan bantuan khas ini segera. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – TEKUN MOBILEPRENUER 4.0

Nota : Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah aplikasi elektronik. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan skim tekun mobilepreneur ini, sila hubungi talian khas di 03-9059 8888.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat bermacam jenis insentif bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai agensi bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Untuk semakan senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk maklumat lengkap.

 

1 comment