Mediaklik
Bantuan RM500 KWSP : Dikreditkan Dalam Akaun 1 Ahli KWSP

Bantuan RM500 KWSP : Dikreditkan Dalam Akaun 1 Ahli KWSP

Bantuan RM500 KWSP adalah merupakan sebuah inisiatif tambahan yang dikreditkan secara one-off ke dalam simpanan KWSP akaun 1 ahli. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberian insentif khas ini kepada mereka yang layak untuk menerima.

BANTUAN RM500 KWSP

Pada sidang Belanjawan 2023 kerajaan telah mengumumkan dan memperkenalkan bantuan tambahan caruman RM500. Insentif ini akan diberikan kepada ahli yang berumur 40 hingga 55 tahun yang mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.

Dengan adanya insentif bantuan tambahan RM500 KWSP ini dapat meningkat baki simpanan ahli yang mempunyai simpanan kurang daripada 10 ribu ringgit. Perlaksanaan bantuan kewangan ini akan melibatkan peruntukan dana sebanyak RM 1 bilion dan akan memberi manfaat kepada sekitar 2 juta para pencarum KWSP.

Tujuan utama insentif khas ini ditawarkan adalah bagi membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka untuk memastikan simpanan yang ada mencukupi untuk membiayai hari tua nanti.

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa insentif khas ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 55 tahun dan mempunyai simpanan kurang dari RM10,000.

BANTUAN I-SURI KWSP RM480

Terdapat satu lagi insentif yang boleh didapati oleh ahli KWSP iaitu menerusi program kasih suri. Melalui kemudahan ini, insentif sebanyak RM480 setahun ditawarkan kepada mereka yang menyertai.

Kemudahan caruman secara suka rela ini dibuka kepada golongan suri rumah. Dengan adanya insentif ini dapat memberikan sedikit sebanyak simpanan yang ada untuk mereka yang bergelar isteri dan suri rumah.

Menurut statistik data eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri. Program ini amat disarankan kepada mereka yang berkelayakan untuk menyertai bagi mendapatkan manfaat yang disediakan.

Kepada suri rumah yang ingin menyertai, sila rujuk panduan yang telah disediakan. Untuk semakan pendaftara anda perlu layari laman rasmi – I-SURI KWSP

INFO LEBIH LANJUT

Pada tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai inisiatif dan kemudahan khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment