Bantuan Am Persekutuan adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM350 yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak. Program khas ini termasuk dalam senarai skim bantuan kebajikan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
BANTUAN AM RM350
Pihak JKM telah menyediakan beberapa inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kepada golongan sasar yang memerlukan pada tahun ini antaranya adalah bantuan Am persekutuan. Kadar yang diberikan adalah minimum RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Perlaksanaan program bantuan ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban kewangan individu atau keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif ini dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
3 jenis syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.
CARA MOHON BANTUAN AM
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Panduan cara mohon telah disediakan, sila ke laman utama – eBANTUAN JKM
Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dukumen penting seperti di bawah :
- Salinan kad pengenalan (Pemohon)
- Salinan kad pengenalan pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata pendapatan (Jika ada)
- Sediakan dokumen yang berkaitan
INFORMASI LANJUT
Kerajaan perpaduan Madani telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus untuk rakyat yang terjejas dan memerlukan pada tahun ini. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.
Add comment