Mediaklik

Rasmi : Bantuan RM2700 (GP) One-Off Untuk Kategori B40

Rasmi : Bantuan RM2700 Geran Pelancaran ditawarkan kepada golongan B40 yang ingin memulakan perniagaan melalui skim bantuan kebajikan yang disediakan JKM. Terdapat pelbagai jenis inisiatif yang disediakan pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan salah satunya adalah bantuan GP.

RASMI : BANTUAN RM2700

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang dikenali sebagai geran pelancaran. Perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu kumpulan sasar untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan secara tunai.

OBJEKTIF BANTUAN GP

  • Pemerkasaan ekonomi golongan sasar JKM yang lebih produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk mendapatkan pendapatan isi rumah
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bantuan kewangan Geran Pelancaran sehingga Maksimum RM2700 secara sekaligus (One-off).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh JKM bagi permohonan bantuan GP ini seperti di bawah :

  • Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangankan dengan kelulusan KPKM

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan cara daftar permohonan dan maklumat lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi – GERAN PELANCARAN JKM

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  • Insentif khas ini ditawarkan kepada penerima sedia ada bantuan JKM
  • Sekiranya anda boleh penerima sedia ada JKM, permohonan boleh dilakukan untuk bantuan bulanan JKM terlebih dahulu
  • Jika pemohon layak menerima bantuan bulanan JKM, maka permohonan bantuan Geran Pelancaran RM2700 boleh dikemukakan

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan khas ini, anda boleh menghubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 atau hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan.

INFORMASI LANJUT

Selain bantuan JKM, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment