Mediaklik
Senarai Penerima Bantuan SARa RM600 : Cek Kelayakan

Senarai Penerima Bantuan SARa RM600 : Cek Kelayakan

Senarai penerima bantuan SARa (Sumbangan Asas Rahmah) bernilai RM600 adalah terdiri daripada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Untuk makluman, pemberian MyKasih bantuan SARa ini telah mula dikreditkan kepada mereka yang berkeperluan berkelayakan.

SENARAI PENERIMA BANTUAN SARA

Bagi sedia maklum pemberian bantuan tambahan STR ini telah mula dikreditkan ke dalam akaun MyKad mereka yang layak. Inisiatif yang diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas ini adalah bernilai RM600.

Pihak kerajaan membayar kepada senarai penerima SARa yang layak secara 2 kaedah. Penerima yang berada di semenanjung akan dikreditkan ke dalam MyKad pada kadar RM100 setiap bulan bermula Julai sehingga Disember 2023.

Manakala bagi penerima di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima insentif ini sekaligus berjumlah RM600 bermula Ogos. Pembayaran diberikan secara kredit ke dalam akaun bank simpanan nasional (BSN) atau tebus tunai di kaunter.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Sebagai penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan kelayakan sama ada layak atau tidak menerima bantuan tambahan khas ini secara online. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi –MYKASIH

Jika maklumat anda dipaparkan bermakna anda layak menerima insentif ini, bantuan ini boleh digunakan untuk pembelanjaan barang keperluan asas di mana-mana pasaraya dan kedai yang berdaftar.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan B40 dan miskin tegar. Sila lihat dan semakan senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment