Mediaklik
Semakan STR Fasa 4 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Semakan STR Fasa 4 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Semakan STR fasa 4 adalah merupakan pembayaran fasa terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seperti sedia maklum, bayaran bagi fasa 1 sehingga fasa 3 STR telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu.

SEMAKAN STR FASA 4

Untuk makluman, semakan STR fasa ke 4 bagi bayaran hanya akan melibatkan 2 kategori penerima sahaja iaitu isi rumah dan warga emas. Manakala bagi kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran pada fasa akhir nanti.

Jadual bayaran bantuan tunai fasa 4 STR akan mula dikreditkan secara berperingkat pada bulan November 2023 kepada mereka yang terlibat. Kadar bayaran adalah sehingga RM1,200, jumlah bergantung kategori kelayakan masing-masing.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bayaran bagi STR fasa 4 yang akan diterima mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA B40)

  • RM200 : Tiada anak
  • RM600 : Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM900 : Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM1,200 : Mempunyai tangungan anak (5 dan keatas)

ISI RUMAH (KELUARGA M40)

  • Tiada bayaran : Tiada anak
  • Tiada bayaran : Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM300 : Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM500 : Mempunyai tanggungan anak (5 dan keatas)

BUJANG (21 HINGGA 59 TAHUN)

  • Tiada bayaran

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status pembayaran STR secara online. Untuk semakan dan kemaskini, sila layari laman rasmi – MySTR

INFORMASI LEBIH LANJUT

Untuk mengetahui lebih lanjut senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman rasmi –RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment