Mediaklik
Bantuan Am Persekutuan (BA) RM100 - RM350 Setiap Bulan

Bantuan Am Persekutuan (BA) RM100 – RM350 Setiap Bulan

Bantuan Am Persekutuan (BA) adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan tunai yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun ini.

Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan lebih daripada 5 bantuan kewangan yang boleh dimohon sekiranya berkelayakan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN (BA)

Untuk sedia maklum, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan sebuah bantuan kewangan yang diberikan secara bulanan kepada pemohon yang layak. Bantuan Am Persekutuan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan am persekutuan adalah bagi membantu meringankan beban keluarga atau individu kurang berkemampuan dan berkeperluan. Dengan adanya insentif khas ini dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN

Bagi pengetahuan umum, kadar bantuan yang ditawarkan dalam inisiatif khas ini adalah minimum RM100 sehingga RM350 sebulan untuk satu keluarga. Jumlah ditentukan oleh bilangan tanggungan dan kategori kelayakan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas di bawah kendalian JKM ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di WP
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK)
  • Golongan yang berkeperluan memerlukan dan miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

CARA MOHON

Kepada mereka yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan. Panduan cara mohon bantuan BA ini telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBANTUAN JKM

INFO LEBIH LANJUT

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment