Mediaklik
Bantuan Kewangan Khas RM480 Untuk Rakyat Malaysia 2023

Bantuan Kewangan Khas RM480 Untuk Rakyat Malaysia 2023

Bantuan kewangan khas RM480 setahun adalah merupakan inisiatif tambahan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Kategori golongan suri rumah kini sudah boleh memilih untuk mencarum di platform Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam skim insentif kasi suri keluarga Malaysia.

BANTUAN KEWANGAN KHAS RM480

Untuk makluman, terdapat sebuah kemudahan inisiatif yang disediakan oleh KWSP kepada ahli mereka yang berada dalam golongan suri rumah. Menerusi skim Kasih Suri, ahli yang menyertai akan menerima insentif tambahan sebanyak sehingga RM480 setahun.

Program skim kasih suri keluarga Malaysia diperkenalkan adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan wanita yang terdiri daripada suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Bantuan kewangan khas RM480 setahun ini akan diperolehi melalui i-suri KWSP dimana golongan suri rumah boleh manbung dan juga dapat menikmati pelbagai divenden setiap tahun.

KELEBIHAN I-SURI KWSP

Dibawah adalah beberapa kelebihan yang ada dalam skim i-suri KWSP seperti berikut :

  • Menerima insentif tambahan tahunan berjumlah RM480
  • Boleh mencarum dalam apa-apa amaun dan boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan
  • Menerima dividen tahunan seperti pencarum lain
  • Automatik layak menerima bantuan kematian RM2,500 dan bantuan hilang upaya RM5,000

SYARAT & CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi – KWSP

INFORMASI LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat. Sila semak senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment