Mediaklik
Bantuan Khas Penghargaan RM300 : Semak Kelayakan Penerima

Bantuan Khas Penghargaan RM300 : Semak Kelayakan Penerima

Bantuan khas penghargaan berjumlah RM200 & RM300 akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang berkelayakan dalam masa terdekat.

Insiatif berbentuk bantuan kewangan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada sidang pelancaran ekonomi Madani harin ini.

BANTUAN KHAS PENGHARGAAN

Ini adalah berita gembira yang telah diumumkan oleh kerajaan, bantuan khas penghargaan yang merupakan inisiatif bantuan kewangan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Kadar yang diberikan adalah bernilai RM200 dan RM300 mengikut kategori kelayakan.

Bantuan khas penghargaan ini akan diagihkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat tidak lama lagi. Di bawah telah disediakan kriteria kelayakan penerima bantuan khas ini yang telah dimaklumkan oleh kerajaan.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN

Pemberian bantuan khas kewangan ini akan dibayar dalam masa terdekat yang melibatkan kadar RM300 dan RM200 mengikut kategori seperti berikut :

  • Pesara kerajaan, pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara pilihan yang belum menerima pencen, veteran : RM200
  • Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak : RM300

Pemberian bantuan khas ini akan diberikan kepada seluruh rakyat yang terdiri daripada penjawat awam dan pesara kerajaan dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penerima. Insentif khas berbentuk bantuan kewangan telah diumumkan pada sidang – BELANJAWAN 2023

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk kalian dapatkan – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment