Mediaklik
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diberikan secara bulanan pada kadar RM300 kepada mereka yang layak.

Dalam usaha kerajaan membantu rakyat yang memerlukan, pelbagai bantuan telah ditawarakan oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan.

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP 2023

Untuk sedia maklum, program bantuan sara hidup atau dikenali BSH 2023 ini adalah insentif kewangan bulanan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada Veteran. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi emmbantu meringankan beban kos sara hidup penerima yang layak.

Bagi setiap permohonan yang telah diluluskan akan berkuat kuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran BSH dilakukan. Untuk sedia maklum, semua permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut bagi memastikan sama ada penerima BSH masih layak ataupun tidak.

Kepada penerima yang sudah layak boleh mengemukakan permohonan semula untuk melanjutkan bayaran bantuan BSH sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh pembayaran bantuan sara hidup.

KADAR BANTUAN BSH

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan (BSH) ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah sebanyak RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan BSH 2023 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Veteran ATM
  • Tidak dibuang kerja atas kes tatatertib
  • Kategori janda yang sudah berkahwin semula tidak layak
  • Mempunyai faktor kesihatan yang menjejaskan pekerjaan harian (Perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
  • Tiada syarat had umur bagi kategori hilang upaya kekal

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan veteran dan berkelayakan memerlukan, permohonan bantuan sara hidup RM300 sebulan boleh dikemukakan. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – BSH JHEV

Kepada mereka yang terdiri daripada golongan veteran ATM disarankan melakukan permohonan bagi mendapatkan manfaat dari insentif khas ini bagi menampung beban kewangan.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga B40 dan miskin tegari. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment