Mediaklik
BINGKAS 2023 : Bantuan RM300 Sebulan Ditawarkan Kepada B40

BINGKAS 2023 : Bantuan RM300 Sebulan Ditawarkan Kepada B40

BINGKAS 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Pada tahun ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan yang boleh dimohon rakyat terutama golongan B40 yang menepati kriteria kelayakan.

PROGRAM BINGKAS 2023

Perlaksanaan program BINGKAS 2023 atau dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera ini melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta pada tahun ini. Bantuan ini ditawarkan kepada kira-kira 30 ribu keluarga (Isi Rumah) serta ibu tunggal yang berkelayakan.

Menteri Besar Selangor iaitu Dato’ Seri Amirudin Shari telah berkata bahawa bantuan RM300 sebulan selama setahun ini akan diberikan kepada yang layak. Bantuan khas ini boleh digunakan secara membeli barangan keperluan harian dan pendidikan anak-anak.

Bantuan BINGKAS 2023 ini telah menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan (KISS IT) ibu tunggal yang berjumlah RM200 sebulan. Dengan adanya insentif khas yang diberikan secara bulanan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas pada tahun ini.

KADAR BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dimohon sekiranya berkelayakan. Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan dan melibatkan jumlah keseluruhan RM3,600 setahun.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan khas BINGKAS 2023 seperti di bawah :

  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah umur 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Permohonan bantuan khas ini masih dibuka sepanjang tahun 2023 kepada yang memerlukan. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, untuk membuat permohonan sila ke laman rasmi – BINGKAS

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan K/P pemohon
  • Salinan K/P pasangan (suami/ isteri) dan tanggungan
  • Surat pengesahan pendapatan (Jika ada)
  • Salinan kad OKU (Jika berkaitan)
  • Salian sijil kematian/ sijil penceraian (Jika berkaita)

Info : Bantuan khas ini ditawarkan dan diberi keutamaan kepada warga negeri Selangor yang memerlukan, pemohon disarankan muat turun aplikasi SELANGKAH di telefon bimbit untuk semakan penuh.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment