Mediaklik
Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan adalah merupakan salah satu inisiatif dalam skim bantuan kebajikan yang ditawarkan pada tahun 2023.

Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan rakyat yang memerlukan pada tahun ini.

BANTUAN KANAK-KANAK RM1000

Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan skim bantuan kanak-kanak secara bulanan pada tahun ini. Tujuan utama program ini dalah bagi membantu keluarga yang mempunyai tanggungan dibawah umur serta membela nasib mereka yang kurang bernasib baik.

Program (BKK) ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu isi rumah, anak-anak untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti. Kadar yang ditawarkan adalah sehingga maksimum RM1,000 sebulan untuk 1 keluarga yang berkelayakan.

KATEGORI KADAR BAYARAN BKK

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon yang berkelayakan mengikut kategori seperti di bawah :

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang
  • Kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Kadar jumlah maksimum adalah sebanyak RM1,000 sebulan bagi seisi keluarga

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN 

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan kanak-kanak (BKK) yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  • Anak berumur 18 tahun keatas layak memohon sekiranya masih belajar (tingkatan 6)
  • Sebarang kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan melalui kelulusan pengarah kebajikan masyarakat

CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan bagi program BKK ini dibuka sepanjang tahun ini. Kepada mereka yang berkelayakan boleh melalukan permohonan pada bila-bila masa, panduan cara mohon telah disediakan di laman utama – BKK JKM

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan Pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan (Suami/ isteri) dan tanggungan yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan penyata pendapatan (Jika ada)
  • Dokumen yang berkaitan

INFORMASI LEBIH LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan kanak-kanak ini, sila hubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 atau hadir di pejabat JKM berdekatan.

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan B40 dan miskin tegar. Sila semak bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment