Mediaklik
Bantuan Khas RM600 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Bantuan Khas RM600 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Bantuan khas RM600 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan.

Pemberian inisiatif tambahan ini adalah bagi membantu golongan memerlukan terutama kepada miskin tegar melalui data ekasih.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS RM600

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk mengagihkan pemberian bantuan khas RM600 iaitu dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bermula bulan Julai 2023. Penerima STR yang berstatus pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak untuk menerima bantuan bakul ini.

Insentif SARa ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas berjumlah RM600. Pemberian akan diberikan secara pengkreditan ke dalam Mykad dan tebus di BSN bagi penerima negeri tertentu. Jadual pembayaran telah ditetapkan seperti di bawah.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA (MYKASIH)

Berikut adalah jadual pembayaran bantuan SARa dan jumlah bayaran bagi penerima negeri di semenanjung mengikut peringkat seperti di bawah :

  • Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 :RM100
  • Disember 2023 : RM100

Bagi penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka akan menerima bayaran keseluruhan bantuan SARa sebanyak RM600 bermula Ogos 2023. Pemberian dilakukan secara kredit ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional atau tebus tunai di kaunter BSN.

SEMAKAN KELAYAKAN

Untuk makluman, bantuan khas RM600 ini ditawarkan secara automatik kepada penerima STR yang berkelayakan dan tiada sebarang permohonan dibuka. Kalian boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini secara online, sila layari laman rasmi – MYKASIH

KRITERIA SYARAT

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan khas RM600 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK)
  • Golongan Miskin tegar melalai data ekasih

INFORMASI LEBIH LANJUT

Kepada yang terlepas pandang, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas.

Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk dilakukan permohonan – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment