Mediaklik
SADE : Bantuan Bil Air Percuma Diberikan Sehingga Tahun 2024

SADE : Bantuan Bil Air Percuma Diberikan Sehingga Tahun 2024

SADE : Bantuan Bil Air percuma ditawarkan dan diberikan sehingga tahun 2024 kepada rakyat bagi membantu meringankan beban. Inisiatif khas ini telah diperkenalkan pada tahun ini untuk memberikan manfaat kepada golongan yang berkeperluan memerlukan.

SADE : BANTUAN BIL AIR PERCUMA

Pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun ini. Salah satu inisiatif yang ada ialah bantuan dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar.

Bantuan ini akan terus dilaksanakan sehingga tahun 2024 dimana mereka yang layak akan mendapat manfaat daripada inisiatif istimewa ini.

KELAYAKAN BANTUAN BIL AIR SADE

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan bila air percuma seperti di bawah :

  • Individu /pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Menetap di Negeri Selangor
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
  • Premis kediaman meter individu
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan bil air ini boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR). Permohonan juga boleh dibuat secara manual melalui Kaunter Perkhidmatan di salah satu daripada 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.

Permohonan boleh dikemukakan oleh mereka yang berkelayakan, panduan permohonan telah disediakan. Sila layari laman rasmi SADE – KLIK DISINI untuk daftar permohonan dan muat turun borang.

Bagi pengetahuan umum, para penerima bantuan sedia ada dan pemohon baru SADE yang diluluskan permohonannya akan menikmati faedah SADE sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan insentif berbetuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan dan golongan sasar. Kepada mereka yang terlepas pandang boleh cek list senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – RUJUK DISINI untuk semakan.

Add comment