Mediaklik
Bantuan Kewangan Khas RM300 Dikreditkan Tidak Lama Lagi

Bantuan Kewangan Khas RM300 Dikreditkan Tidak Lama Lagi

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan kewangan khas RM300 akan dikreditkan tidak lama lagi kepada rakyat negeri yang terlibat. Pelbagai inisiatif telah disediakan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat terutama yang memerlukan pada pada tahun 2023.

BANTUAN KEWANGAN KHAS RM300

Seperti sedia maklum pad bulan Ogos, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200. Manakala baru-baru ini, pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 seorang.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada para Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun ini Menteri Besar Kelantan. Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata bahawa bantuan itu turut akan diberikan kepada  kepada pegawai-pegawai lantikan politik sebagai penghargaan atas komitmen mereka sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Tambahan lagi, ahli-ahli majlis, penghulu halaqat, penyelaras teknologi komunikasi dan makmumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN). Guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan juga layak menerima bayaran bantuan khas tersebut.

Menerut beliau “Saya amat menghormati pengorbanan, curahan jasa termasuk kualiti khidmat yang diberikan oleh penjawat awam yang akan menjadi kayu ukur kepada kejayaan negeri dan rakyat Kelantan.” Katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar di Kompleks Kota Darul Naim, pada Khamis lalu.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KEWANGAN KHAS RM300

Bagi tarikh rasmi pemberian bayaran bantuan khas ini, ia akan dimaklumkan dari masa ke semasa berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat negeri.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Negeri Pahang turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak RM300 kepada para penjawat awam negeri dan RM200 kepada para pesara kerajaan negeri. Ini juga salah satu faktor keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat mereka.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak jenis inisiatif dan bantuan berbentuk kewangan kepada golongan B40 dan miskin. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk informasi penuh.

Add comment