Mediaklik
Bantuan Kewangan RM8000 Untuk Golongan B40 Yang Layak

Bantuan Kewangan RM8000 Untuk Golongan B40 Yang Layak

Bantuan Kewangan RM8000 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 yang berkelayakan untuk menebus insentif khas ini. Untuk pengetahuan umum, pelbagai jenis inisiatif telah disediakan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN RM8000

Untuk makluman, pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2023. Kepada yang berkelayakan, mereka boleh menerima pembayaran tunai sebanyak RM8,000 yang dibayar sekali (one-off) seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal.

Inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan semasa pendemik sedang melanda negara ini dan masih terus dilaksanakan sehingga tahun ini. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan berkeperluan pada tahun 2023.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mendapatkan inisiatif bantuan kewangan MySalam seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima bantuan khas Kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) serta Sumbangan Tunai Rahmah

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN MYSALAM RM8000

Panduan daftar dan cara tebus insentif khas ini telah disediakan seperti di bawah.

  • Langkah 1: Sila layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. IC) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran penebusan.

INFORMASI LEBIH

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila cek list senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh anda memohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment