Mediaklik
Permohonan Rayuan STR Dibuka Bermula 3 Julai 2023

Permohonan Rayuan STR Dibuka Bermula 3 Julai 2023

Permohonan rayuan STR akan dibuka bermula 3 Julai sehingga 31 Julai 2023 kepada mereka yang berstatus ‘Tidak Lulus’ fasa 3. Untuk sedia maklum, kini pembayaran secara berperingkat bagi sumbangan tunai rahmah fasa 3 sedang dijalankan.

PERMOHONAN RAYUAN STR 

Pada edisi fasa kali ini mengikut maklumat perkongsian penerima STR, ramai daripada mereka yang terima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 bertatus ‘Tidak lulus pada fasa kali ini.

Hal ini kerana butiran maklumat setiap penerima telah dikemaskini secara automatik. Jika anda membuat semakan status bayaran yang mendapati anda ‘Tidak lulus’, sebab berkenaan akan turut dipaparkan pada skrin.

Namun begitu anda hanya perlu membuat permohonan rayuan STR dan mengutarakan sebab penjelasan. Bermula 3 Jun sehingga 31 Julai 2023, anda boleh mengemukan permohonan rayuan STR dan jika berjaya akan menerima baki bayaran pada fasa berikutnya.

KADAR BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran yang telah ditetapkan bagi fasa 3 mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Pendapatan RM2,500 kebawah : RM300 sehingga RM800 (Jumlah bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)
  • Pendapatan RM5,000 kebawah : RM150 sehingga RM250 (Jumlah bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang (Bayaran terakhir bagi kategori bujang)

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

STR TAMBAHAN

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan insentif tambahan RM600 kepada kategori isi rumah berstatus miskin tegar melalui data e-kasih. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas selama 6 bulan.

SEMAKAN STATUS MYSTR

Bermula hari ini, rakyat sudah boleh membuat semakan status pembayaran bantuan tunai fasa ketiga. Untuk semakan, sila ke laman web rasmi – MySTR

INFO LANJUT

Selain daripada sumbangan tunai rahmah, kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif terutama berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini.

Bagi mereka yang terlepas pandang, kalian boleh membuat semakan senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – RUJUK DISINI untuk maklumat penuh.

Add comment