Mediaklik
Baucar Shopee RM400 Percuma Untuk Tahun 2023

Baucar Shopee RM400 Percuma Untuk Tahun 2023

Baucar Shopee RM400 ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023 yang ingin membeli barang keperluan.

Pihak kerajaan dalam usaha menggalakan golongan masyarakat bagi menggunakan produk cekap air telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

BAUCAR SHOPEE RM400

Pada tahun ini pihak SPAN dangan kerjasama shopee telah melancarkan sebuah program yang dinamakan kempen jimat air 4.0. Melalui inisiatif khas ini, baucar bernilai sehingga RM400 boleh ditebus oleh pengguna yang layak mendapatkan produk-produk jimat air untuk rumah mereka.

Untuk makluman, program ini telah lama dilaksanakan, kempen jimat air 4.0 adalah kesinambungan dari edisi pertama sehingga ketiga. Kepada yang berminat untuk tebus baucar percuma ini, anda boleh menyertai dengan cara mengesahkan akaun ShopeePay anda.

Di bawah adalah 3 jenis baucar yang diberikan kepada pengguna shopee yang berkelayakan seperti berikut :

  1. Baucar bernilai RM150 untuk mendapatkan kelengkapan bilik mandi dan tandas
  2. Baucar bernilai RM200 untuk membeli mesin basuh
  3. Baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk mendapatkan barangan kepala paip

Senarai perkakas dalam kempen jimat air 4.0 adalah mesin basuh, perkakas bilik air, perkakas bilik mandi dan kedai yang terlibat.

Info : Inisiatif ini sangat memberi manfaat kepada mereka yang ingin membeli barangan jimat air. Baucar yang diberikan secara percuma ini boleh ditebus sepanjang tahun ini, seorang hanya dibenarkan tebus sekali sahaja.

CARA TEBUS BAUCAR SHOPEE RM400 PERCUMA

Kepada yang sedang merancang membeli barang produk cekap air, anda boleh tebus baucar shopee RM400 percuma secara online. Untuk claim, sila ke laman utama – KEMPEN JIMAT AIR

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan baucar shopee RM400 melalui kempen jimat air ini. Anda boleh terus menghubungi talian khas SPAN di – 03 8317 8333 atau emel ke wepls@span.gov.my.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan pada tahun ini kepada mereka yang terjejas dan memerlukan. Untuk semak senarai insentif yang ada untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment