Mediaklik
STR Tambahan : Pengekreditan RM600 Kepada Isi Rumah Yang Layak

STR Tambahan : Pengekreditan RM600 Kepada Isi Rumah Yang Layak

STR tambahan adalah merupakan insentif khas yang ditawarkan kepada penerima sedia ada bagi kategori isi rumah yang bernilai RM600.

Bagi sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan inisiatif tambahan ini bermula bulan Julai 2023 kepada mereka yang layak.

STR TAMBAHAN RM600

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah insentif tambahan berjumlah RM600 kepada setiap penerima yang layak. Jumlah tersebut akan dibayar selama 6 bulan yang mewakili RM100 setiap bulan (Julai – Disember 2023).

STR tambahan ini atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Kaedah pemberian bantuan tambahan ini diberikan secara pengkreditan ke dalam kad pengenalan bernilai RM100 setiap bulan sehingga Disember tahun ini.

KRITERIA KELAYAKAN

Kepada mereka yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini boleh menyemak kriteria kelayakan STR tambahan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Kategori isi rumah
  • Berstatus Miskin tegar melalui data maklumat e-kasih
  • Pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Info : Anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini melalui portal rasmi – E-KASIH

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun ini lebih banyak inisiatif telah dilancarkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Kalian boleh menyemak senarai bantuan yang ada dan boleh/ layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk semakan penuh maklumat.

Add comment