Mediaklik
EGUMIS 2023 : Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

EGUMIS 2023 : Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

EGUMIS 2023 adalah merupakan sebuah portal yang membolehkan rakyat membuat semakan wang tidak dituntut (WTD) dan ia boleh dilakukan secara online.

Untuk makluman umum, laporan akhbar berita harian pada bulan lalu telah menyatakan bahawa jumlah baki WTD di JANM adalah RM11 bilion sehingga Mac 2023.

EGUMIS 2023 : SEMAKAN WTD ONLINE

Laman portal egumis 2023 ditubuhkan adalah bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut, kemudahan ini diselia sepenuhnya oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Ramai yang masih terlepas pandang dan tidak tahun berkenaan semakan WTD ini boleh dilakukan dan sekiranya ada, mereka boleh mendapatkan wang mereka kembali.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN WTD?

Berikut adalah maklumat jelas berkenaan maksud wang tidak dituntut (WTD) :

  • Wang yang seharusnya dibayar dari sisi undang-undang kepada individu / empunya tetapi tidak dibayar dalam satu (1) tempoh masa yang ditetapkan (tidak kurang dari 1 tahun). Seperti contoh bonus, upah, gaji, dividen, simpanan tetap yang telah matang dan yang berkenaan.
  • Bentuk wang dalam kredit sesuatu akaun perniagaan yang telah lama tidak diuruskan melalui apa-apa urusan niaga dalam tempoh masa (tidak kurang dari 2 tahun). Seperti contoh akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dangangan berbaki kredit.
  • Wang berbaki kredit dalam sesuatu akaun yang telah tidak diuruskan oleh individu dengan apa cara sekalipu. Contoh seperti akaun simpanan, akaun tetap atau akaun semasa.

WTD BOLEH DATANG DARI PELBAGAI SUMBER

Antara contoh WTD yang boleh didapatkan adalah dari sumber-sumber seperti berikut :

  1. Gaji, bonus, upahan, komisyen dan wang yang perlu dibayar kepada kakitangan
  2. Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagi (perniagaan)
  3. Dividen
  4. Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk kredit bayaran
  5. Simpanan tetap yang telah matang
  6. Daf bank, cashier’s order dan dokumen berkaitan
  7. Deposit atau cagaran berbaki kredit apabila tujuan wang dikutip telah tercapai
  8. Akaun penghutang yang berbaki kredit

Info : Ramai yang masih tidak tahu bahawa mereka mempunyai wang WTD yang boleh dituntut. Untuk semakan sekiranya anda mempunya WTD atau tidak, sila layari laman rasmi –eGUMIS

INFO LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk dituntut – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment