Mediaklik
Pembayaran STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Hari Ini ~ Check Sekarang

Pembayaran STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Hari Ini ~ Check Sekarang

Pembayaran STR fasa 3 atau lebih dikenali sebagai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah telah mula dikreditkan pada jam 8 pagi hari ini.

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa inisiatif khas bantuan tunai ini akan mula dibayar pada 26 Jun 2023 secara berperingkat sehingga selesai.

PEMBAYARAN STR FASA 3

Perlaksanaan program bantuan berbentuk kewangan ini melibat peruntukan data yang besar. Kadar yang diberikan pada fasa kali ini adalah lebih tinggi berbanding fasa pertama dan kedua.

Jumlah yang akan dikreditkan adalah dari RM150 sehingga RM800, amaun bergantung kepada ketegori penerima seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH

(Pendapatan bulanan RM2,500 kebawah)

  • Tiada anak : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM400
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM800

(Pendapatan bulanan RM5,000 kebawah)

  • Tiada anak : RM (0) Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM150
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM250

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang : RM150 seorang
  • Warga emas : RM200 seorang

STR TAMBAHAN (BANTUAN SARA)

  • Ditawarkan kepada kategori isi rumah berstatus miskin tegar melalui data semakan ekasih. Mereka yang layak akan menerima insentif bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas sehingga Disember 2023.

TARIKH BAYARAN

Bagi pengetahuan umum, tarikh pembayaran STR fasa 3 akan bermula 8 pagi 26 Jun dan dijangka akan selesai sebelum menyambut hari raya haji. Kaedah bayaran adalah secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 3 TELAH DIBUKA

Kepada penerima sedia ada yang mempunyai akaun bank, kini anda boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai fasa ketiga secara online. Sila membuat semakan melalui laman web rasmi – MySTR

Anda perlu log masuk akaun menggunakan nombor kad pengenalan anda, maklumat status dan jumlah bayaran yang anda terima akan dipaparkan pada skrin.

INFORMASI LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang terjejas pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment