Mediaklik
EBelia Rahmah : Kredit E-Tunai Percuma RM200

EBelia Rahmah : Kredit E-Tunai Percuma RM200

EBelia Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini diberikan secara percuma bernilai RM200.

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa insentif dalam bentuk edompet ini boleh ditebus oleh mereka yang layak bermula 26 Jun 2023.

PROGRAM EBELIA RAHMAH

Ramai yang menantikan perlaksanaan program khas ini, suka dimaklumkan bahawa pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bermula isnin mereka yang layak boleh daftar dan tuntun bantuan RM200 ini.

EBelia rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan kredit e-tunai belia rahmah ini adalah merupakan program pemberian insentif kepada gologan belia pada tahun ini. Kepada yang menepati kriteria kelayakan boleh menebus dan perlu membelanjakan kredit percuma tersebut sebelum 31 Ogos.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kategori yang layak untuk mendapatkan insentif ebelia rahmah bernilai RM200 secara one-off seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 20 tahun (Tahun ini)
  3. Diperluaskan kepada mahasiswa berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan dalam negara

Info : Pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa mengira had umur diperingkat setara diploma atau SKM4 dana ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut layak.

Semua data permohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pengkalan data kerajaan yang terlibat.

PENYEDIAAN APLIKASI YANG TERLIBAT

Kepada mereka yang berkelayakan, pendaftaran dan tuntutan bantuan ebelia rahmah (Edompet) berjumlah RM200 one-off ini boleh ditebus melalui 3 pilihan aplikasi seperti di bawah :

  • Touch N Go ewallet
  • Boost
  • Setel

PANDUAN DAFTAR DAN TEBUS KREDIT

Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan, pendaftaran dan tuntutan bantuan khas ebelia Rahmah RM200 ini boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap semakan telah disediakan, sila layari portal rasmi – eBeliaRahmah permohonan dibuka bermula 8 pagi pada 26 Jun 2023 (Isnin).

INFO LANJUT

Kepada mereka yang terlepas pandang, pada pertengahan tahun 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Untuk semakan senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon, sila – RUJUK DISINI untuk semak maklumat penuh.

Add comment