Mediaklik
Bantuan BMT 2023 : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan BMT 2023 : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan BMT 2023 adalah merupakan sebuah program insentif kewangan yang ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan sebanyak RM800.

Bagi pengetahuan umum, permohonan untuk menyertai program bantuan Musim tengkujuh ini telah dibuka pada 15 Jun sehingga 15 September 2023.

BANTUAN BMT 2023

Program bantuan musim tengkujuh (BMT) ini adalah sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan dari kerajaan. Tujuan utama perlaksanaan bantuan BMT 2023 ini adalah bagi meringankan dan mengurangkan beban rakyat yang terdiri daripada kalangan pekebun kecil / penoreh getah.

Bagi tahun ini, apa yang menarik adalah jumlah bayaran dan tempoh pengagihan telah dikemaskini dari RM600 kepada RM800 dan dikreditkan melalui 4 fasa. Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh mereka yang layak mengikut fasa seperti di bawah :

  • November 2023 : RM200
  • Disember 2023 : RM200
  • Januari 2024 : RM200
  • Februari 2024 : RM200

Nota : Semua penyaluran pengagihan bantuan BMT 2023 akan diberikan secara pemindahan dana elektronik (EFT) terus ke dalam akaun penerima yang layak. Program bantuan khas ini dikenalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

SEMAKAN PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang berminat, panduan permohonan telah disediakan secara atas talian. Sila layari laman rasmi bantuan – BMT RISDA

KELAYAKAN 

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pekebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah diantara 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Mempunyai kad permit autogriti getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
  • 1 lot tanah hanya untuk seorang pemilik / penama sahaja yang layak terima bantuan ini

Untuk sedia maklum, program bantuan ini ditawarkan kepada rakyat yang terdiri daripada pekebun kecil dan penoreh getah sahaja. Kepada yang berkelayakan disarankan untuk kemaskini maklumat dan daftar permohonan bantuan khas ini.

Info : Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan musim tengkujuh ini, sila hubungi pihak RISDA di talian 03- 4256 4022.

INFORMASI LANJUT

Selain bantuan BMT 2023, terdapat lebih banyak insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – RUJUK DISINI untuk maklumat penuh.

Add comment