Mediaklik
STR Fasa 3 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Isnin

STR Fasa 3 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Isnin

STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat bermula isnin hadapan (26 Jun 2023) melalui pengkreditan dan tebus tunai di cawangan BSN.

Pemberian kali ini akan melibatkan 3 kategori penerima utama iaitu Bujang, warga emas serta isi rumah (berkeluarga).

BANTUAN TUNAI STR FASA 3

Apa yang menarik adalah pembayaran STR fasa 3 yang dijadualkan pada asalnya adalah bulan Julai. Atas dasar keprihatinan kerajaan melihat bahawa ramai yang memerlukan sempena menyambut aidiladha, perlaksanaan bayaran telah diawalkan pada bulan Jun.

Kadar bantuan yang disediakan pula adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jumlah dari RM150 sehingga RM1,300 ditentukan mengikut kategori seperti dibawah.

BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah yang akan diterima semasa bayaran STR fasa 3 mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500

  1. Tiada anak : RM300
  2. Mempunyai bilangan anak (1-2) orang : RM400
  3. Mempunyai bilangan anak (3-4) orang : RM600
  4. Mempunyai bilangan anak (5 dan keatas) : RM800

ISI RUMAH – PENDAPATAN DI BAWAH RM5,000

  1. Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  2. Mempunyai bilangan anak (1-2) orang : RM150
  3. Mempunyai bilangan anak (3-4) orang : RM200
  4. Mempunyai bilangan anak (5 dan keatas) : RM250

KATEGORI WARGA EMAS – 60 TAHUN KEATAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

BUJANG (21 HINGGA 59 TAHUN)

  • RM150 (BAYARAN TERAKHIR)

Info : Kepada penerima sedia ada bagi kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui data ekasih, mereka yang layak akan menerima bantuan SARA bernilai RM600 dalam bentuk insentif bakul makanan dan baucar.

SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 3

Bermula tarikh tersebut, semakan status bayaran STR fasa 3 boleh dilakukan oleh penerima sedia ada dan pendaftaran baru bulan Mac lalu secara online. Untuk semakan, sila layari pautan rasmi bantuan tunai – MySTR

Kepada penerima tiada kad bank, anda boleh terus hadir berserta kad pengenalan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tebus secara tunai.

INFO LANJUT

Kerajaan melalui pelbagai agensi telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Kepada yang terlepas, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk maklumat penuh.

Add comment