Mediaklik
Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat :Minimum RM3,000 Diluluskan

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat :Minimum RM3,000 Diluluskan

Pengeluaran khas KWSP bersyarat kini dibenarkan pada tahun ini kepada ahli/ pencarum yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk makluman, setiap pemohon boleh membuat pengeluaran serendah RM3,000 melalui kemudahan khas ini.

PENGELUARAN KHAS KWSP BERSYARAT

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menawarkan sebuah inisiatif kemudahan bagi membantu ahli membuat pengeluaran pembiayaan peribadi. Program khas ini dikenali sebagai pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui institusi perbankan.

Pgogram khas FSA2 KWSP ini adalah bagi membantu ahli KWSP untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan pada tahun ini. Untuk makluman, skim ini telahpun dilacarkan dan mereka yang berkelayakan sudah boleh membuat permohonan sekiranya memerlukan.

Pelan ini disokong oleh pengeluaran secara bersyarat permohonan awal umur 50 atau 55 tahun. Maklamat utama adalah untuk membantu setiap ahli mencapai keperluan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

JUMLAH PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Untuk pengetahuan umum, kadar pengeluaran yang dibenarkan melalui FSA2 KWSP adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah berdasarkan baki simpanan dalam akaun 2 KWSP.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2

Bagi sedia maklum, pengelauran FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan melalui 2 fasa dan buat masa ini hanya fasa 1 yang sudah dilancarkan. Syarat kelayakan pengeluaran FSA2 fasa 1 telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur antara 40 hingga 55 tahun
  • Mempunyai simpanan baki akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak institusi bank

Nota : Bagi kemudahan pengeluaran khas KWSP bersyarat FSA2 fasa 1 hanya akan melibatkan institusi perbankan dari MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, kemudahan ini sudah boleh dimohon bermula pada April 2023 dan permohonan dibuka sepanjang tahun 2023. Ahli boleh kemukakan permohonan pada bila-bila masa pada tahun ini.

PANDUAN PERMOHONAN 

Kepada mereka yang berkelayakan dan ingin membuat pengeluaran khas kwsp bersyarat fasiliti sokongan akaun 2 ini, permohonan boleh dilakukan. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi – FSA2 KWSP

INFORMASI LANJUT

Terdapat bermacam-macam lagi kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan kos hidup rakyat yang terjejas. Bagi yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment