Mediaklik
Pengeluaran KWSP FSA2 Secara ''One-Off'' Kini Boleh Dilakukan

Pengeluaran KWSP FSA2 Secara ”One-Off” Kini Boleh Dilakukan

Pengeluaran KWSP FSA2 secara ”One-off” kini diluluskan dan boleh dilakukan oleh setiap ahli yang berkelayakan pada tahun ini. Ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh KWSP untuk membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

PENGELUARAN KWSP FSA2 SECARA ”ONE-OFF”

Lebih 4 juta ahli KWSP berpeluang untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui kemudahan pembiayaan pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Kemudahan ini bertujuan membolehkan ahli membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat unur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi.

FSA2 KWSP membenarkan setiap pencarum yang memohon mengeluarankan wang minimum RM3,000 sehingga maksimum RM5,000. Kadar bergantung baki simpanan akaun 2 KWSP.

KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP FSA2

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 55 tahun
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2 KWSP
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Permohonan yang lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun maksimum pengeluaran tidak melebihi RM50,000

Info : Kemudahan khas ini dilancarkan melalui 2 fasa, buat masa ini permohonan bagi fasa pertama telah dibuka. Bagi fasa kedua akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada pencarum KWSP yang menepati kelayakan dan ini membuat pengeluaran, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila ke laman utama – FSA2 KWSP

INFO LEBIH LANJUT

Untuk lihat senarai bantuan-bantuan yang ada ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini khususnya berbentuk bantuan kewangan. Sila semak – KLIK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Add comment