Mediaklik
MySTR 2023 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Keempat

MySTR 2023 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Keempat

Seperti sedia maklum, MySTR 2023 adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah hanya tinggal pembayaran fasa keempat pada bulan November nanti.

MYSTR 2023 : FASA KEEMPAT

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran fasa 4 STR akan mula diagihkan pada bulan November 2023. Kategori yang terlibat adalah warga emas dan isi rumah sahaja, manakala bujang tidak akan menerima bayaran kerana telah selesai dibayar sehingga fasa 3 lalu.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023. Ini bermakna, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR.

Pembayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

TARIKH BAYARAN MYSTR 2023 MENGIKUT FASA

  • FASA 1 STR : Januari 2023
  • FASA 2 STR : April 2023
  • FASA 3 STR : Jun 2023
  • FASA 4 STR : November 2023

KADAR BAYARAN FASA KEEMPAT

Kerajaan telah memaklumkan kadar bayaran fasa keempat Sumbangan Tunai Rahmah adalah sehingga RM1,200. Jumlah bergantung kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak yang ada bagi isi rumah.

SEMAKAN STATUS MYSTR 2023

Kepada penerima sedia ada insentif khas ini, semakan status bayaran boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semak, sila layari portal rasmi bantuan – MySTR

INFO LEBIH LANJUT

Kerajaan perpaduan Madani pada tahun ini telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila semak list senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info umum.

Add comment