Mediaklik
Bantuan Tunai BKK RM1000 : Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Tunai BKK RM1000 : Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan tunai BKK RM1000 adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dan dikendalikan sepenuhnya oleh JKM pada tahun ini. Penawaran insentif bulanan ini dikenali sebagai bantuan kanak-kanak.

BANTUAN TUNAI BKK RM1000

Jabatan Kebajikan Mansyarat adalah merupakan agensi dibawah kerajaan dan berfungsi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Pihak JKM telah menawarkan beberapa jenis inisiatif dalam skim bantuan kebajikan pada tahun 2023. Antara inisiatif yang boleh dimohon adalah bantuan kanak-kanak (BKK). Bantuan ini diberikan secara setiap bulan kepada pemohon yang layak dan kadar bayaran adalah sehingga RM1,000 sebulan.

TUJUAN PERLAKSANAAN 

Bantuan kanak-kanak atau BKK ini adalah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diperkenalkan dengan tujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak-anak yang memerlukan. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban keluarga agar dapat terus menjaga dan mendidik anak tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan.

KADAR BANTUAN TUNAI BKK

Untuk makluman, kadar bantuan kanak-kanak tahun 2023 adalah minima RM150 sehingga maksima RM1,000 sebulan untuk 1 keluarga. Pecahan kadar bantuan adalah seperti berikut :

  • RM150 : Untuk anak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun
  • RM200 : Untuk anak berumur 6 tahun dan ke bawah
  • RM1,000 : Adalah kadar maksimum bagi sebuah keluarga

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BKK

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK)
  • Mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Remaja di atas 18 tahun yang masih bersekolah sehingga menengah atas layak dipertimbangkan

CARA MOHON BANTUAN BKK

Kepada keluarga yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan. Panduan cara mohon telah disediakan di laman rasmi – BKK JKM

Sila rujuk laman rasmi tersebut untuk mengetahui langkah-langkah permohonan dilakukan. Bagi memudahkan proses semakan permohonan, jangan lupa sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan, anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak
  • Salinan penyata gaji (Jika ada)
  • Dokumen lain yang berkaitan

INFORMASI LANJUT

Untuk semak lebih banyak senarai bantuan yang ada ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Add comment