Mediaklik
E-Belia Rahmah : ETunai RM200 Boleh Diguna Sebelum 31 Ogos

E-Belia Rahmah : ETunai RM200 Boleh Diguna Sebelum 31 Ogos

E-Belia Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kredit etunai berjumlah RM200 yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. Pemberian insentif khas ini kini hanpir ke tarikh tutup iaitu 31 Ogos ini.

PROGRAM E-BELIA RAHMAH 2023

Untuk makluman umum, Menteri Kewangan selaku Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program bantuan eTunai dalam Bajet Belanjawan 2023. Kerajaan Malaysia akan menyediakan RM400 juta untuk skim itu, dengan kadar RM200 untuk setiap penerima yang layak, dianggarkan 2 juta orang yang terdiri daripada golongan belia.

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah meringankan beban rakyat serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai terutama kepada Belia. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun kini boleh menikmati manfaat program eTunai Belia Rahmah sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

TARIKH PERLAKSANAAN E-BELIA RAHMAH

Seperti sedia maklum, program khas bantuan e-tunai RM200 ini telahpun dilancarkan pada tarikh berikut :

  • Tuntutan boleh dilakukan bermula 26 Jun 2023
  • Tarikh tutup kredit boleh digunakan adalah pada 31 Ogos 2023

Pemberian eTunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif yang bermakna untuk masyarakat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia. Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi dalam transaksi harian. Selamat menikmati e-dompet RM200 ini.

CARA TEBUS

Kepada mereka yang masih belum claim, tuntutan boleh dilakukan melalui aplikasi edompet yang terlibat iaitu Touch N Go ewallet, boost atau Setel. Panduan telah disediakan, sila ke laman rasmi – eBeliaRahmah

Add comment