Bantuan warga emas RM500 sebulan atau lebih dikenali sebagai (BWE) adalah merupakan sebuah inisiatif yang dikendalikan sepenuhnya oleh JKM. Perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun 2023 adalah bagi meringankan beban kewangan mereka yang kurang berkemampuan.
BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN
Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan bantuan warga emas (BWE) pada tahun ini. Inisiatif ini adalah sebagai saraan hidup kepada warga emas yang kurang bernasib baik bagi membantu meneruskan kehidupan dalam komuniti masyarakat.
Kadar bantuan yang diberikan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM500 dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan. Ikuti maklumat ringkas yang disediakan di bawah berkenaan permohonan bantuan warga emas tahun ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Di bawah disediakan beberapa syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan khas BWE RM500 sebulan ini seperti berikut :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK)
- Pemohon merupakan orang tua/ warga emas
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Warga emas yang tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
- Atau pusat jagaan harian yang memberikan kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS
Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan cara mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi – eBANTUAN JKM
Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan dijalankan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Antara yang diperlukan dokumen lain seperti salinan penyata gaji (jika ada), salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama serta dokumen berkaitan.
Nota : Permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa tahun ini jika anda menepati kelayakan.
INFORMASI LANJUT
Terdapat lebih daripada 10 jenis insiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban rakyat terutama golongan sasar. Untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.
Add comment