Mediaklik
Program MyLesen B2 : Inisiatif Lesen Memandu Untuk B40

Program MyLesen B2 : Inisiatif Lesen Memandu Untuk B40

Kerajaan Perpaduan telah melancarkan sebuah inisiatif dikenali sebagai program mylesen b2 untuk golongan B40 pada tahun 2023. Perlaksanaan inisiatif istimewa ini kini boleh disertai oleh golongan yang berkelayakan bagi mendapatkan lesen memandu percuma.

PROGRAM MYLESEN B2

Bagi pengetahuan umum, Inisiatif khas ini adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan atau dikenali JPJ Malaysia bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40. Inisiatif ini ditawarkan khusus untuk golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

Program ini bagi membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig. Seperti sedia maklum, seramai sekitar 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program khas ini.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MYLESEN B2

Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program ini, individu perlulah memenuhi syarat pendaftaran berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Berusia 16 tahun dan ke atas
  • Penerima bantuan/bawah tanggungan:
    – Kumpulan B40
    – e-Kasih
    – JKM
    – Zakat
  • Individu bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah

Nota : Program ini diadakan adalah bagi membantu mereka yang berkelayakan memerlukan bagi mendapatkan lesen memandu jenis motorsikal B2.

PERLAKSANAAN MYLESEN 

Untuk pengetahuan umum, program ini telahpun dilaksanakan bermula Julai lalu, jika anda berkelayakan. Sila semak butiran penuh berkenaan program khas ini di laman rasmi – MYLESEN B2

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian khas pihak berwajib di – 03 8892 8714 / 8693 atau emel ke mylesenb2@jpj.gov.my.

INFORMASI LANJUT

Kerajaan negeri dan persekutuan telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan rakyat B40. Kepada yang terlepas pandang boleh menyemak senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment