Mediaklik
Bantuan GP RM2700 : Ditawarkan Untuk Golongan B40

Bantuan GP RM2700 : Ditawarkan Untuk Golongan B40

Bantuan GP RM2700 atau dikenali Geran Pelancaran ditawarkan kepada golongan B40 yang ingin memulakan perniagaan melalui skim bantuan kebajikan yang disediakan JKM. Lebih dari sepuluh jenis insentif yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang kurang berkemampuan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN GP RM2700

Untuk makluman, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang dikenali sebagai geran pelancaran. Perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu kumpulan sasar untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan secara kewangan.

OBJEKTIF BANTUAN GP

  • Pemerkasaan ekonomi golongan sasar JKM yang lebih produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk mendapatkan pendapatan isi rumah
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bantuan kewangan Geran Pelancaran sehingga Maksimum RM2700 secara sekaligus (One-off).

KRITERIA & SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh JKM bagi permohonan bantuan GP ini seperti di bawah :

  • Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangankan dengan kelulusan KPKM

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan cara daftar permohonan dan maklumat lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi – GP JKM

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Insentif khas ini ditawarkan kepada penerima sedia ada bantuan JKM
  • Sekiranya anda boleh penerima sedia ada JKM, permohonan boleh dilakukan untuk bantuan bulanan JKM terlebih dahulu
  • Jika pemohon layak menerima bantuan bulanan JKM, maka permohonan bantuan Geran Pelancaran RM2700 boleh dikemukakan

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan khas ini, anda boleh menghubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 atau hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun 2023 kerajaan perpaduan telah melancarkan bermacam-macam jenis insiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat B40. Kepada yang terlepas pandang boleh semak list bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon – RUJUK DISINI untuk semakan info lengkap.

Add comment