Mediaklik
Jadual STR Fasa 4 : Bayaran Dikreditkan Secara Berperingkat

Jadual STR Fasa 4 : Bayaran Dikreditkan Secara Berperingkat

Jadual STR fasa 4 telah dimaklumkan akan dibayar secara berperingkat pada bulan November 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemberian ini adalah fasa terakhir bagi tahun ini bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2023.

STR FASA 4

Untuk makluman, jadual bayaran STR fasa 4 ini adalah fasa terakhir yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Insentif khas ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada sidang Belanjawan 2023.

Bagi bayaran fasa terakhir ini hanya akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas sahaja. Manakala bagi kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran kerana jumlah RM350 telah selesai dibayar pada fasa 1 hingga fasa 3.

Bagi penerima sedia ada STR, anda akan menerima bayaran sehingga RM1,200 dan jumlah bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak pada fasa ke 4. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran STR fasa 4 mengikut kategori kelayakan.

KADAR BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori kelayakan STR 2023 pada fasa ke 4 seperti di bawah :

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN & SEBATANG KARA)

  • RM200 setiap seorang

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai anak seramai 1-2 – RM600
  • Mempunyai anak seramai 3-4 – RM900
  • Mempunyai anak seramai 5 dan lebih – RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak seramai 1-2 – Tiada bayaran
  • Mempunyai anak seramai 3-4 – RM300
  • Mempunyai anak seramai 5 dan lebih – RM500

JADUAL STR FASA 4 DIKREDITKAN

Seperti sedia maklum, pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 hingga fasa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023. Bagi bayaran STR fasa 4 secara rasmi akan dikreditkan berperingkap pada bulan :

  • November 2023

SEMAKAN STATUS STR

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh semak status bayaran mengikut kategori dan fasa. Untuk semakan sila layari portal rasmi – MySTR

INFO LEBIH LANJUT

Pada tahun 2023 kerajaan perpaduan telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban golongan B40. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – RUJUK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Add comment