Mediaklik
BKK 2023 : Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Sebulan

BKK 2023 : Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Sebulan

BKK 2023 atau lebih dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan pada tahun ini. Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dibawah umur 18 tahun dan kurang berkemampuan boleh memohon insentif khas ini.

PROGRAM BKK 2023

Program bantuan kanak kanan atau BKK 2023 ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensi JKM. Dengan adanya insentif khas ini dapat memberi manfaat kepada isi rumah yang mempunyai anak bawah umur dan kurang berkemampuan.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BKK 2023

Jumlah kadar bantuan bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang dan kadar maksimum sebanyak RM 1000 sebulan sekeluarga mengikut agihan pecahan berikut :

  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan
  • RM200 seorang anak  berumur 6 tahun dan kebawah

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan BKK 2023 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

CARA KEMUKAKAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Cara mohon bantuan kanak-kanak telah disediakan, untuk kemukakan permohonan sila layari laman rasmi – BANTUAN KANAK-KANAK

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun 2023 untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment