Mediaklik

MOHON INSENTIF KEWANGAN SEBANYAK RM1,000 KEPADA PARA PENIAGA


SPIN telah dilancarkan oleh Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Antara tujuan pelaksanaan SPIN TEKUN adalah untuk membantu usahawan yang tidak mempunyai lesen SSM atau PBT bagi memulih dan memulakan perniagaan ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Melalui SPIN TEKUN, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan skim ini.

Kepada usahawan sektor informal iaitu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).yang memerlukan bantuan pembiayaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).





TUJUAN PEMBIAYAAN

Tujuan pembiayaan SPIN yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:

1. Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.

2. Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.

3. Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.

4. Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.

5. Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.



KADAR PEMBIAYAAN

Ushawan sektor informal yang layak akan mendapat pembiayaan berjumlah :

  • Antara RM1,000 dan RM5,000

 

TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional bagi pembiayaan SPIN adalah 

  • 3 tahun atau 36 bulan.


KADAR KEUNTUNGAN

Kadar keuntungan yang ditetapkan pula adalah sebanyak 4% setahun.



SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN

1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.

2. Pemohon ialah Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.

3. Pemohon mempunyai bukti perniagaan yang dijalankan.



CARA PERMOHONAN

Kepada usahawan sektor informal yang ingin memohon SPIN, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Muat turun borang-borang berikut :





2. Lengkapkan borang-boranng ini dengan betul

3. Sila hantar borang-borang tersebut ke pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.



KEMASKINI PERMOHONAN SPIN 2.0

Apakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )2.0 adalah skim pembiyaan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau usahawan yang berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun

 

Berapakah nilai pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan ( SSM ) Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 5,000 usahawan yang mempunyai lesen / permit atau daftar perniagaan ( SSM ) yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu / Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan ( SSM ) yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah
 

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)

Add comment