Mediaklik

[KETAHUI SEKARANG] TARIKH BAYARAN BANTUAN BKM SEHINGGA RM600 BAGI KATEGORI BUJANG


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.





KADAR BANTUAN


1. Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • RM350

2. Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan berumur 60 tahun ke atas pendapatan individu RM5,000 ke bawah:
  • RM600



TARIKH PEMBAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi kategori Bujang dijangka akan disalurkan pada :

  • Bermula Mac ini



SYARAT KELAYAKAN 

1. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah


2. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Bali/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21 – 59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah



CARA PERMOHONAN
 
1. Untuk maklumat, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.


2. Permohonan baharu BKM hendaklah dilakukan sekiranya TIADA REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, hendaklah mengemas kini  dalam tempoh yang ditetapkan. 


3. Permohonan baharu boleh dibuat pada1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 ( 1 bulan)
di pautan berikut:


Tarikh kemaskini atau permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 

Add comment