Mediaklik

KETAHUI BANTUAN KUARANTIN SEHINGGA RM200 SEHARI KEPADA RAKYAT DIJANGKITI COVID-19


Penularan kes jangkitan Covid-19 di negara kita sehingga hari ini masih membimbangkan. Walaubagaimanapun, orang ramai boleh meningkatkan perlindungan diri masing-masing dengan pengambilan vaksinasi Covid-19 yang lengkap bersama dos penggalak bagi mengurangkan kesan jangkitan sekiranya disahkan positif Covid-19.
Bantuan ini akan memberi manfaat kewangan kepada pesakit Covid-19 yang perlu dikuarantin dan kehilangan pendapatan kerana tidak boleh masuk bekerja sepanjang tempoh kuarantin.






SENARAI BANTUAN KUARANTIN COVID-19


1. Bantuan Kuarantin Skim MySalam


Skim MySalam merupakan skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Skim mySalam juga telah diperluaskan kepada golongan M40 juga. Perlindungan ini meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit COVID-19 yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari.

Individu yang perlu kuarantin akibat Covid-19 boleh buat tuntutan bayaran MySalam melalui kiosk-kiosk MySalam di seluruh negara sebanyak:

  • RM50 sehari maksimum 14 hari (RM700)



2. Bantuan Khas Kuarantin NADMA


NADMA telah menyediakan Bantuan Khas kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19. Jika anda dikuarantin, anda boleh buat permohonan sekarang dan tuntut bantuan oleh NADMA.

Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan. Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.

Bantuan Khas Kuarantin akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:

  • Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum)



3. Faedah PERKESO: Skim Bencana Kerja Berkaitan Covid-19


Kepada pekerja yang mendapat jangkitan Covid-19 boleh tuntut Skim Bencana Pekerjaan PERKESO. Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Pencarum yang disahkan dijangkiti Covid-19 di tempat kerja boleh buat tuntutan sehingga 90% daripada gaji mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga disahkan negatif.

Berikut adalah cara pengiraan kadar faedah yang layak diterima:

  • (80% Purata gaji / 30 hari) x Jumlah hari dirawat/ kuarantin

Contohnya, sekiranya gaji anda RM2,000 dan anda dikuarantin selama 14 hari:

  • [(80% x RM2,000) / 30 hari) x 14 hari = RM746.67



Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang dijangkiti Covid-19 dan perlu dikuarantin bagi kelangsungan hidup.

Add comment